Visi, Misi & Objektif
Membina masa depan kewangan yang mampan melalui pelaburan patuh Syariah
Visi
Menjadi Koperasi Pelaburan terunggul dalam sektor perkhidmatan pelaburan, perundingan kewangan dan hartanah yang patuh Syariah.
Misi
Menyampaikan ilmu pelaburan yang patuh Syariah dan menyediakan perkhidmatan pelaburan yang efisyen kepada anggota untuk mencapai tahap pendapatan yang optimum di samping memperkukuhkan modal insan yang berketerampilan dalam melaksanakan tadbir urus yang amanah dan berintegriti.
Objektif Kami
Platform Pelaburan Alternatif
Menjadikan AIMS KOOP sebagai platform pelaburan alternatif yang betul kepada kaum Bumiputra seterusnya mengelakkan diri dari terjebak dalam penipuan scammer.
Memperkasa Ekonomi
Memperkasa dan memartabatkan ekonomi anggota melalui perniagaan atau aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi berlandaskan patuh Syariah mengikut Garis Panduan, Akta dan Undang-undang yang telah ditetapkan.
Hubungan Muhibah
Menjadi salah sebuah Koperasi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan sesama anggota.
Nilai-nilai Murni
Menanam dan menerap nilai-nilai murni dan kepimpinan kepada seluruh anggota bagi meningkatkan produktiviti dan kemajuan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi termasuklah ke peringkat Antarabangsa.